Terima kasih kepada penyumbang dan pembeli iklan buku cenderamata Jubli Emas

Pihak penganjur sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan dan juga orang ramai yang telah menyumbangkan barangan, kewangan, tenaga dan idea dalam menjayakan Jubli Emas pada 22 April 2011 Jumaat ini. Semoga Allah membalas segala jasa baik yang ditaburkan

Kami juga berterima kasih kepada syarikat dan agensi yang membeli iklan untuk dimuatkan dalam buku cenderamata

Kami terus memerlukan sumbangan daripada muslimin dan muslimat dalam menjayakan program bersejarah ini

Tentatif khas muslimat sempena Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

ATURCARA SAMBUTAN JUBLI EMAS MUSLIMAT

 

22 APRIL 2011 ( JUMAAT )

 

8.00pagi                    Bacaann Qosidah Asma’ Al-Husna ( Pembukaan Majlis Tautan Ukhuwah )

8.15pagi                    Bacaan ayat suci Al-Quran

8.30pagi                    Ucapan aluan Tuan Rumah

8.45 pagi                    Slide Show ( Pengisahan Sejarah Pondok Pasir Tumboh )

9.00 pagi                    Persembahan Nasyid

9.15 pagi                    Syarahan

9.25 pagi                    Persembahan Marhaban

9.45 pagi                    Ucapan Pengarah Program Muslimat

9.55 pagi                    Penutup Majlis Tautan Ukhuwah

Alamat perhubungan Sekretariat Jubli Emas dan Alumni

Sekretariat Jubli Emas dan Alumni

Pondok Pasir Tumboh

Madrasah Diniah Bakriah

Pondok Pasir Tumboh

16150 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 013-9538150  (P) / 019-6653118 Ustaz Khairi / 019-9388902 Shairazi / 013-5106398 Ustaz Zaini

Muslimat : 09-7652193 (Ustazah Fauzah) / 09-7650228 (Ustazah Fadhilah)

Fax: 09-7657786

E-mail: albakriah@gmail.com

Web: http://www.al-bakriah.com.my

Blog: alumnibakriah.wordpress.com

Objektif Alumni Pondok Pasir Tumboh

  • Membudayakan kegiatan “Jamaei” di kalangan  pelajar dan lepasan pelajar (alumni), sesuai dengan saranan Rasulullah SAW
  • Menjalin hubungan strategik yang berterusan antara Alumni dan  madrasah
  • Mengembeling modal social Alumni bagi aktiviti pendidikan, penyelidikan serta kebajikan dan dakwah
  • Menjana kewangan bersama madrasah dengan Alumni sebagai tenaga sokongan utama
  • Meransang dan bertindak sebagai pemudahcara program yang melibatkan Alumni madrasah
  • Menyumbang idea dan tenaga secara formal dan tidak formal kepada sebarang perancangan bagi memajukan madrasah
  • Sebagai penghubung antara madrasah dan masyarakat umum(nasional dan Internasional) disamping sebagai teras promasi dan penerangan
  • Bertindak sebagai jaringan kesatuan fikrah dan dan jaringan amal antara sesama Alumni

Objektif Sambutan Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

  • Mengenang jasa pengasas pondok dan tenaga pengajar terutama kepada generasi baru
  • Memperkasakan pengajian pondok secara lebih sistematik dan teratur dengan kerjasama alumni pondok
  • Mencambahkan pemikiran  dan gerak kerja  dalam mengembang dakwah islam
  • Menonjolkan kepentingan dan kehebatan system pengajian pondok kepada masyarakat bagi meuwjudkan kesedaran bersama dalam mempertahan dan mempekasakannya
  • Mengeratkan tali persaudaraan Islamantara alumni pondok dengan generasi baru

Perhimpunan Agong Alumni Pondok Pasir Tumboh

Suatu Perhimpunan Agong bagi menubuhkan Persatuan Alumni Pondok Pasir Tumboh akan di adakan mengikut perkara berikut :

Tarikh : 22 April 2011M / 18 Jamadil awwal 1432H ( Jumaat)

Tempat : Pondok Pasir Tumboh

Masa : 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari

Semua alumni dijemput hadir beramai-ramai

Taja iklan dalam buku cenderamata Jubli Emas Pondok Pasir Tumboh

Sabda Rasulullah: “Tidaklah harta itu berkurang disebabkan oleh sedekah.” (Riwayat Muslim).

Rasulullah bersabda: “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Pihak penganjur begitu mengalu-alukan sumbangan muslimin muslimat para dermawan sekalian melalui pembelian atau penajaan iklan dalam buku cenderamata Jubli Emas bagi meringankan bebanan menanggung kos perbelanjaan bagi menjayakan sambutan Jubli Emas

Oleh itu sebarang sumbangan atau pertanyaan bolehlah hubungi pejabat Jubli Emas 0139538150 (Hifayatullah) / 0135106398 (Us Zaini) atau masukkan dalam akaun Jubli iaitu

Tabung Kebajikan Guru & Pelajar

BIMB 3018010063003